I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 11 Ogos 2009

Futsal Piala PERMATA



Antara aktiviti utama BKDS setiap sesi adalah penganjuran Futsal yang diberi nama sebagai Futsal Piala PERMATA. Namun, pada tahun lepas pihak penganjur telah menamakannya sebagai Futsal Piala Presiden PERMATA kerana pialanya ditaja oleh presiden sendiri.

Kebiasaanya, takwim kejohanan ini akan berlangsung pada bulan disember, hujung semester pertama. Lokasinya pula diadakan di Dewan Syuun Tolabah ataupun dikenali sebagai solah askari oleh kebanyakkan mahasiswa. Kadang-kadang pihak penganjur akan menambah satu lagi lokasi iaitu Dewan Kuliyyah Sains Sukan ataupun dikenali sebagai Solah Riyadi.

Pihak BKDS selaku penganjur utama juga akan menjemput pasukan daripada luar Mu'tah iaitu wakil daripada PERMAI ( irbid ) dan PRISMA ( mafraq ). Cuma hingga saat ini BKDS masih belum bersedia untuk menjemput pasukan ASEAN seperti Thailand dan Indonesia.

Futsal ini biasanya disertai sekitar 5 hingga 6 pasukan daripada PERMATA yang melibatkan setiap pasukan 8 hingga 10 pemain. Medan ini juga sebagai pentas terbaik bagi persediaan menghadapi Futsal ASEAN, Futsal Wafidin dan juga pemilihan pemain bola sepak.

Kejohanan ini juga cukup dikenali dimantiqah luar, selain daripada layanan yang terbaik penganjur kepada pasukan jemputan, kejohanan ini juga dilihat satu-satunya kejohanan Futsal peringkat se Jordan.

Tidak hairanlah pada tahun lepas Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia ( MPPM ) turut menyertai penganjurannya dengan menambah satu program iaitu kempen Road To KARISMA dengan mengadakan perlawanan mahabbah antara wakil setiap Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ), wakil MPPM dan wakil pimpinan PERMATA sendiri.

Semoga kejohanan ini akan terus menjadi kejohanan berprestij bukan sahaja peringkat Mu'tah namun seluruh Jordan.

Sekian

Isnin, 10 Ogos 2009

Ucapan Aluan Timbalan Ketua


Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwwah buat semua warga Mu’tah khasnya dan semua umat sejagat amnya.

Dipanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya berjaya juga eksekutif promosi & tajaan melaksanakan salah satu daripada gerak kerja @ amanah dalam menyiapkan blog BKDS sesi 09/10 ini walaupun masih dalam pembinaan. Semoga usaha kalian diberkati Allah di dunia & akhirat.

Blog ini merupakan salah satu cara kami membantu PERMATA ke arah yang lebih sistematik, melicinkan pengurusan gerak kerja & sebagai medium diantara kami badan pengurusan BKDS, badan gabungan dan warga Mu’tah khasnya.

Semoga misi & visi yang telah kami tetapkan dapat dilaksanakan walaupun bukan semua yang dapat dilaksanakan tetapi kami akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan amanah dalam guideline yang telah digariskan.

Kami berbesar hati menerima apa sahaja cadangan dan berlapang dada dalam menerima segala kritikan yang membina dalam gerak kerja yang kami lakukan.

Ucapan jutaan terima kasih kepada AMT & ALT PERMATA 09/10, Mantan AMT & ALT PERMATA 08/09, Badan Pengurusan BKDS 09/10, Badan Gabungan BKDS 09/10, & semua warga Mu’tah khasnya juga mereka yang terlibat menyokong BKDS sehingga terhasilnya blog ini.

“Majulah sukan untuk PERMATA”.

Sedangkan sukan itu sendiri adalah satu jisim daripada Islam, yakni yang tidak dipisahkan oleh ALLAH SWT. Sehinggalah Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang lain, katanya,

“Seorang mukmin yang sihat lebih dicintai oleh ALLAH daripada mukmin yang tidak sihat.”...

Nabi s.a.w. menceritakan berkenaan 2 orang mukmin yang kedua-duanya beriman, tapi ALLAH lebih sayang kepada mukmin yang cergas dan sihat. Makna cergas sihat itu ialah memiliki tubuh badan yang aktif sebab jantung kita boleh pam dengan elok, melalui bersukan yang diizinkan oleh ALLAH SWT. Firman Allah S.W.T.: Maksudnya:

'…dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan'.(Al-Baqarah : 195).

Di samping belajar, sukan merupakan aktiviti sampingan yang dapat membantu ke arah kecemerlangan akademik kerana otak yang cerdas bermula daripada tubuh yang cergas. Sama-samalah kita renungi.

Wassalam.

Ahad, 9 Ogos 2009

Ucapan Aluan Ketua Biro


Bismillahirrahmanirrahim…….

Segala puji bagi ALLAH yang menguasai langit dan bumi. DIA jugalah yang mengatur segala urusan makhluk. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi MUHAMMAD S.A.W yang membawa risalah perjuangan ISLAM sebagai panduan untuk umat akhir zaman hingga hari kiamat.

Terbinanya blog ini sebagai medium perantaraan di antara kami di pihak BIRO KEBUDAYAAN DAN SUKAN (BKDS) dan pelajar di mu’tah khususnya dan seluruh pelajar Malaysia di Jordan amnya. BKDS pada sesi 2009/2010 telah menetapkan beberapa sasaran bagi menjayakan visi dan misi kami.

Visi:

Menjadikan mu’tah sebagai lagenda sukan terutamanya bola sepak dan sukan-sukan yang lain serta menjadi medan dakwah dan tarbiyah yang terbaik.

Misi:

1. Merapatkan jurang serta sekaligus membina keluarga PERMATA melalui sukan dan kebudayaan.

2. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap kegiatan kesenian, kebudayaan dan sukan dikalangan warga mu’tah

3. Menjadikan warga mu’tah cerdas dan cergas sekaligus membantu ke arah kecemerlangan akademik.

4. Mencungkil bakat yang sedia ada untuk mewakili KARISMA dan MEKAR yang akan datang sekaligus mengharumkan nama mu’tah di persada sukan dan kebudayaan peringkat Jordan.

Jutaan terima kasih kepada pihak Eksekutif Promosi dan Tajaan yang bertungkus lumus dalam menyiapkan blog ini. Khidmat dan jasa bakti anda amatlah dihargai. Diharapkan agar kita semua dapat mengambil manfaat dari blog ini dan membangkitkan semangat kesukanan di antara semua ahli PERMATA seterusnya mencapai sasaran visi dan misi yang telah ditetapkan.

Sekian, Assalamualaikum.


Secara Ringkas Biro Kebudayaan Dan Sukan















aktiviti sihat mahasiswa Malaysia
Biro ini merupakan biro yang agak baru dalam PERMATA berbanding biro-biro lain. Sebelum kewujudan BKDS dan PERMATA, sebuah badan sukan yang dikenali sebagai Gabungan Ahli Sukan Mu'tah ( GASUM ) yang ditubuhkan pada 1994 telah memainkan peranannya dalam menggerakkan aktiviti sukan untuk Mahasiswa Malaysia di Mu'tah ini.

Aktiviti sukan ataupun ko-kurikulum merupakan aktiviti utama selepas pembelajaran mahasiswa Malaysia di sini, ditambah bersukan mampu untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain selain baik untuk kesihatan.

Atas sebab itu, maka PERMATA menubuhkan biro ini untuk menyusun aktiviti sihat dalam melahirkan ahli yang cergas dan cerdas.

Selain itu juga aktiviti yang diadakan banyak berbentuk pertandingan. Antara pertandingan utama yang dianjurkan oleh BKDS adalah perlawanan sukan senior junior sempana kedatangan mahasiswa tahun satu, Futsal Piala PERMATA, Bola Tampar, Bola Jaring, Ping Pong dan Badminton.

BKDS juga bertanggungjawab menggalas cabaran PERMATA menyertai kejohanan luar. Antaranya Futsal Piala Wafidin anjuran Hal Ehwal Pelajar Universiti Mu'tah dan Karnival Sukan Mahasiswa ( KARISMA ) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan. Selain itu juga, pada sesi lepas BKDS telah berperanan membantu jawatankuasa KARISMA 09 dalam mengadakan karnival mega itu di zon Mu'tah.

Tidak hanya menumpukan kepada sukan, BKDS juga turut memainkan peranan penting dalam aktiviti kebudayaan di zon Mu'tah ini. Antara program kebiasaan anjuran BKDS adalah Majlis Hari Raya dan Malam Kebudayaan. BKDS juga menyediakan pasukan persembahan untuk dipertontonkan dan sebagai penyertaan ke dalam program-program kebudayaan.

Semoga BKDS dapat meneruskan kecemerlangannya pada sesi ini.

Pembaharuan BKDS sesi 2009 / 2010

Alhamdulillah, BKDS telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 6 Ogos yang lalu. Antara keputusan yang dicapai adalah Mewujudkan Majlis Badan Gabungan BKDS yang terdiri daripada:-
  1. Kelab Bola Sepak SBB
  2. Kelab Bola Tampar
  3. Kelab Badminton
  4. Kelab Ping Pong
  5. Kelab Bola Jaring
  6. Kelab Kebudayaan dan Kesenian

Kelab ini bakal ditubuhkan secara rasmi ( kecuali SBB yang sudah wujud ). Berikut adalah maklumat kelab-kelab tersebut:-
  1. Kelab ini mempunyai sistem organisasi tersendiri yang dipilih oleh ahli. BKDS bertidak sebagai pemantau.
  2. Semua ahli diwajibkan menyertai mana-mana kelab sukan ataupun kebudayaan dan dibenarkan menyertai lebih daripada satu.
  3. Kelab ini akan menyelenggara aset dan peralatan sukan mereka tersendiri.
  4. Kelab juga akan mempunyai perancangan aktiviti tersendiri namun dibawah seliaan BKDS.
  5. Pengurusan kewangan juga dibawah kelab.
Berikut adalah wakil BKDS dalam kelab-kelab tersebut sebelum ditubuh secara rasmi:-
  1. Bola Sepak : Mohd Afendi Bin Mat Zin
  2. Bola Jaring : Nor Hafizah Binti Yusof
  3. Ping Pong ( P ) : Mohd Fakhruddin Bin Yusof
  4. Ping Pong ( P ) : Zulaiha Binti Ahmad Tajudin
  5. Badminton ( L ) : Mohd Syafiq Bin Murat
  6. Badminton ( P ) : Siti Aisyah Binti Abdul Aziz
  7. Bola Tampar ( L ) : Ahmad Faisal Bin Mamat
  8. Bola Tampar ( P ) :Nur Asyikin Binti Abdul Rahman
  9. Takraw : Abdul Hayyee Bin Hasaballah
  10. Kebudayaan : Amzari Zarfan Bin Amran dan Irna Muliana
Perlancaran semua kelab ini akan dimaklumkan kemudian.

Majulah sukan untuk PERMATA

Ahli Badan Pengurus BKDS

KETUA BIRO

AHMAD FAISAL BIN MAMAT


TIMBALAN

IDA DAYANA BINTI DORMUDI


SECRETARIAT


SETIAUSAHA (1)

(RAUDHAH BINTI MUSTAFFA)

SETIAUSAHA (2)

(SITI NORHARTINI BINTI OSMAN)

BENDAHARI

(MOHD ASYRAF SAAD)


BADAN EKSEKUTIF

EKSEKUTIF PROMOSI & TAJAAN

MUHAMMAD SHAHRUL IFWAT BIN ISHAK

NORHASLILAH BINTI HASSAN SEZALI

SITI BAZILAH BINTI MOHAMAD AROF


EKSEKUTIF PERALATAN

MUHAMMAD BIN OSMAN

MOHD AFFENDI BIN MAT ZIN

NOOR ASRAN BINTI BASIRON

SITI HAJAR BINTI RADZALI


EKSEKUTIF PUBLIC RELATION & VENUE

AZMIR AZRI BIN AHMAD

AMINUDDIN BIN AZIZ

AHMAD ZUHAIRI BIN SAMSUDIN

NAZIRAH BINTI ABDUL NASIR