I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 10 Ogos 2009

Ucapan Aluan Timbalan Ketua


Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhuwwah buat semua warga Mu’tah khasnya dan semua umat sejagat amnya.

Dipanjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya berjaya juga eksekutif promosi & tajaan melaksanakan salah satu daripada gerak kerja @ amanah dalam menyiapkan blog BKDS sesi 09/10 ini walaupun masih dalam pembinaan. Semoga usaha kalian diberkati Allah di dunia & akhirat.

Blog ini merupakan salah satu cara kami membantu PERMATA ke arah yang lebih sistematik, melicinkan pengurusan gerak kerja & sebagai medium diantara kami badan pengurusan BKDS, badan gabungan dan warga Mu’tah khasnya.

Semoga misi & visi yang telah kami tetapkan dapat dilaksanakan walaupun bukan semua yang dapat dilaksanakan tetapi kami akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan amanah dalam guideline yang telah digariskan.

Kami berbesar hati menerima apa sahaja cadangan dan berlapang dada dalam menerima segala kritikan yang membina dalam gerak kerja yang kami lakukan.

Ucapan jutaan terima kasih kepada AMT & ALT PERMATA 09/10, Mantan AMT & ALT PERMATA 08/09, Badan Pengurusan BKDS 09/10, Badan Gabungan BKDS 09/10, & semua warga Mu’tah khasnya juga mereka yang terlibat menyokong BKDS sehingga terhasilnya blog ini.

“Majulah sukan untuk PERMATA”.

Sedangkan sukan itu sendiri adalah satu jisim daripada Islam, yakni yang tidak dipisahkan oleh ALLAH SWT. Sehinggalah Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam hadithnya yang lain, katanya,

“Seorang mukmin yang sihat lebih dicintai oleh ALLAH daripada mukmin yang tidak sihat.”...

Nabi s.a.w. menceritakan berkenaan 2 orang mukmin yang kedua-duanya beriman, tapi ALLAH lebih sayang kepada mukmin yang cergas dan sihat. Makna cergas sihat itu ialah memiliki tubuh badan yang aktif sebab jantung kita boleh pam dengan elok, melalui bersukan yang diizinkan oleh ALLAH SWT. Firman Allah S.W.T.: Maksudnya:

'…dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan'.(Al-Baqarah : 195).

Di samping belajar, sukan merupakan aktiviti sampingan yang dapat membantu ke arah kecemerlangan akademik kerana otak yang cerdas bermula daripada tubuh yang cergas. Sama-samalah kita renungi.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan