I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 11 Ogos 2009

Futsal Piala PERMATA



Antara aktiviti utama BKDS setiap sesi adalah penganjuran Futsal yang diberi nama sebagai Futsal Piala PERMATA. Namun, pada tahun lepas pihak penganjur telah menamakannya sebagai Futsal Piala Presiden PERMATA kerana pialanya ditaja oleh presiden sendiri.

Kebiasaanya, takwim kejohanan ini akan berlangsung pada bulan disember, hujung semester pertama. Lokasinya pula diadakan di Dewan Syuun Tolabah ataupun dikenali sebagai solah askari oleh kebanyakkan mahasiswa. Kadang-kadang pihak penganjur akan menambah satu lagi lokasi iaitu Dewan Kuliyyah Sains Sukan ataupun dikenali sebagai Solah Riyadi.

Pihak BKDS selaku penganjur utama juga akan menjemput pasukan daripada luar Mu'tah iaitu wakil daripada PERMAI ( irbid ) dan PRISMA ( mafraq ). Cuma hingga saat ini BKDS masih belum bersedia untuk menjemput pasukan ASEAN seperti Thailand dan Indonesia.

Futsal ini biasanya disertai sekitar 5 hingga 6 pasukan daripada PERMATA yang melibatkan setiap pasukan 8 hingga 10 pemain. Medan ini juga sebagai pentas terbaik bagi persediaan menghadapi Futsal ASEAN, Futsal Wafidin dan juga pemilihan pemain bola sepak.

Kejohanan ini juga cukup dikenali dimantiqah luar, selain daripada layanan yang terbaik penganjur kepada pasukan jemputan, kejohanan ini juga dilihat satu-satunya kejohanan Futsal peringkat se Jordan.

Tidak hairanlah pada tahun lepas Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia ( MPPM ) turut menyertai penganjurannya dengan menambah satu program iaitu kempen Road To KARISMA dengan mengadakan perlawanan mahabbah antara wakil setiap Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN ), wakil MPPM dan wakil pimpinan PERMATA sendiri.

Semoga kejohanan ini akan terus menjadi kejohanan berprestij bukan sahaja peringkat Mu'tah namun seluruh Jordan.

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan