I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 9 Ogos 2009

Secara Ringkas Biro Kebudayaan Dan Sukan















aktiviti sihat mahasiswa Malaysia
Biro ini merupakan biro yang agak baru dalam PERMATA berbanding biro-biro lain. Sebelum kewujudan BKDS dan PERMATA, sebuah badan sukan yang dikenali sebagai Gabungan Ahli Sukan Mu'tah ( GASUM ) yang ditubuhkan pada 1994 telah memainkan peranannya dalam menggerakkan aktiviti sukan untuk Mahasiswa Malaysia di Mu'tah ini.

Aktiviti sukan ataupun ko-kurikulum merupakan aktiviti utama selepas pembelajaran mahasiswa Malaysia di sini, ditambah bersukan mampu untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain selain baik untuk kesihatan.

Atas sebab itu, maka PERMATA menubuhkan biro ini untuk menyusun aktiviti sihat dalam melahirkan ahli yang cergas dan cerdas.

Selain itu juga aktiviti yang diadakan banyak berbentuk pertandingan. Antara pertandingan utama yang dianjurkan oleh BKDS adalah perlawanan sukan senior junior sempana kedatangan mahasiswa tahun satu, Futsal Piala PERMATA, Bola Tampar, Bola Jaring, Ping Pong dan Badminton.

BKDS juga bertanggungjawab menggalas cabaran PERMATA menyertai kejohanan luar. Antaranya Futsal Piala Wafidin anjuran Hal Ehwal Pelajar Universiti Mu'tah dan Karnival Sukan Mahasiswa ( KARISMA ) yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan. Selain itu juga, pada sesi lepas BKDS telah berperanan membantu jawatankuasa KARISMA 09 dalam mengadakan karnival mega itu di zon Mu'tah.

Tidak hanya menumpukan kepada sukan, BKDS juga turut memainkan peranan penting dalam aktiviti kebudayaan di zon Mu'tah ini. Antara program kebiasaan anjuran BKDS adalah Majlis Hari Raya dan Malam Kebudayaan. BKDS juga menyediakan pasukan persembahan untuk dipertontonkan dan sebagai penyertaan ke dalam program-program kebudayaan.

Semoga BKDS dapat meneruskan kecemerlangannya pada sesi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan