I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 9 Ogos 2009

Ucapan Aluan Ketua Biro


Bismillahirrahmanirrahim…….

Segala puji bagi ALLAH yang menguasai langit dan bumi. DIA jugalah yang mengatur segala urusan makhluk. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi MUHAMMAD S.A.W yang membawa risalah perjuangan ISLAM sebagai panduan untuk umat akhir zaman hingga hari kiamat.

Terbinanya blog ini sebagai medium perantaraan di antara kami di pihak BIRO KEBUDAYAAN DAN SUKAN (BKDS) dan pelajar di mu’tah khususnya dan seluruh pelajar Malaysia di Jordan amnya. BKDS pada sesi 2009/2010 telah menetapkan beberapa sasaran bagi menjayakan visi dan misi kami.

Visi:

Menjadikan mu’tah sebagai lagenda sukan terutamanya bola sepak dan sukan-sukan yang lain serta menjadi medan dakwah dan tarbiyah yang terbaik.

Misi:

1. Merapatkan jurang serta sekaligus membina keluarga PERMATA melalui sukan dan kebudayaan.

2. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan terhadap kegiatan kesenian, kebudayaan dan sukan dikalangan warga mu’tah

3. Menjadikan warga mu’tah cerdas dan cergas sekaligus membantu ke arah kecemerlangan akademik.

4. Mencungkil bakat yang sedia ada untuk mewakili KARISMA dan MEKAR yang akan datang sekaligus mengharumkan nama mu’tah di persada sukan dan kebudayaan peringkat Jordan.

Jutaan terima kasih kepada pihak Eksekutif Promosi dan Tajaan yang bertungkus lumus dalam menyiapkan blog ini. Khidmat dan jasa bakti anda amatlah dihargai. Diharapkan agar kita semua dapat mengambil manfaat dari blog ini dan membangkitkan semangat kesukanan di antara semua ahli PERMATA seterusnya mencapai sasaran visi dan misi yang telah ditetapkan.

Sekian, Assalamualaikum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan